Monday 3 January 2022

Tahniah kepada pelantikan baharu YDP MPKlang, Noraini Roslan, bekas Datuk Bandar Subang Jaya yang telah menjalankan tugas dengan cemerlang semasa berkhidmat di MBSJ.

Semoga beliau dapat merajui MPKlang ke tahap yang lebih baik lagi. Harapan kita ialah semoga beliau dapat menyemarakkan lagi semangat Keluarga Malaysia dan kesejahteraan komuniti di bawah MPKlang.

Diharap MPKlang dapat bertindak dengan tegas ke atas skim-skim kawalan tidak formal di taman-taman perumahan (bukan persendirian) yang tidak mengikuti garis panduan ataupun yang melanggari undang-undang.

Diharap kelulusan untuk skim-skim kawalan bukan formal di taman-taman perumahan bukan swasta tidak diberikan dengan sewenang-wenangnya. Diharap beliau tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak seperti pihak persatuan penduduk ataupun sindiket yang ingin mendapatkan kelulusan untuk skim kawalan mereka.

Mana-mana pihak persatuan penduduk yang tidak memperolehi persetujuan penduduk tulen 100% tidak boleh diberikan kelulusan untuk kegunaan kad akses automatik. Dan pihak RA yang melaksanakan kad akses tanpa memenuhi syarat ini mestilah diambil tindakan dengan tegas. (Untuk maklumat anda, semua komuniti berpagar yang formal juga mempunyai 100% persetujuan penduduk)

Pengawal keselamatan yang meminta kad pengenalan pihak awam atau menghalang kenderaan penghuni patut diambil tindakan juga.

Sudah tiba masanya kedaulatan undang-undang diambil dengan serius... 

----<<<>>>----

Aduan Rakyat (Surat Terbuka):

Seruan kepada pihak berkuasa tempatan khususnya MPKlang, JPBD Selangor dan LPHS,

Perkara: Masalah Penduduk dan Komuniti Di Kawasan MPKlang (Bandar Bukit Raja: Semua Taman Perumahan Sekitar Jalan Singgahsana dan Jalan Mahligai)


Kepada YDP Presiden MPKlang yg dihormati,

Ini adalah seruan kita sebagai komuniti setempat kepada pihak berkuasa kerajaan Negeri Selangor khususnya PBT untuk mengambil tindakan sewajarnya ke atas pemajuan skim-skim komuniti berpagar yang sedang/telah dijalankan tanpa permohonan kebenaran di peringkat perancangan pemajuan ataupun yang telah dijalankan dengan cara lain.

Pihak pemaju ketika itu Sime Darby Property telahpun mengesahkan bahawa projek-projek perumahan teres 2-tingkat di sekitar kawasan tersebut bukanlah suatu kawasan pemajuan 'Gated Community'. Jadi kita sebagai pemilik rumah sah tidak terbeli rumah jenis 'gated community'.

Namun selepas satu tempoh masa, semua fasa taman perumahan di sini telah bertukar kepada taman perumahan Gated Community atau telah menjalankan skim komuniti berpagar. Akibatnya, pelbagai masalah timbul yang telah membebankan dan menyusahkan penduduk.

Kita terpaksa membayar yuran bulanan yang tinggi untuk mendapatkan kad akses supaya tidak disusahkan pergerakan kita untuk keluar masuk kediaman. Ramai yang akur untuk menyertai skim mereka kerana tidak mahu famili mereka diganggu walaupun terpaksa dibebani dengan kos sara hidup bertambahan.

Masalah yang dihadapi penduduk di sini bertambah runcing apabila pihak RA yang tidak bertanggung jawab bukan sahaja telah melaksanakan sistem kad akses, mereka juga telah mengarahkan pengawal keselamatan mereka untuk meminta kad pengenalan orang ramai yang tidak menyertai skim berpagar mereka.

Ini adalah kediaman harta awam - kita sebagai rakyat yang membayar cukai berhak menggunakan jalanraya awam di sini pada bila-bila masa. Tetapi semua pihak RA di sini telah melaksanakan skim komuniti berpagar mereka seolah-olah seluruh kawasan ini adalah kawasan harta persendirian.

Selain daripada menghalang jalanraya awam, mereka juga telah membina penghalang /pagar haram di kawasan-kawasan tertentu yang menghubungkan taman kanak-kanak dan rekreasi lain seperti gelanggang bola keranjang dan sebagainya. 

Malangnya fasiliti awam ini tidak dapat lagi digunakan oleh penduduk dan komuniti sekitar kerana pintu aksesnya telah dikunci. Hanya segelintir penduduk yang boleh menikmati kemudahan-kemudahan tersebut. Mananya hak saksama dan hak kita?

Pintu pagar kecil yang dikunci juga menyebabkan anak-anak kecil yang ingin ke sekolah tidak dapat menggunakan jalan pintas tersebut. Yang pelik dan tidak adil ialah, hanya golongan tertentu sahaja yang boleh menggunakannya sebab mereka mempunyai kunci mangganya.

Mananya hak saksama dan hak kita semua? Skim berpagar di sini telah menimbulkan banyak sengketa dan pertikaian di antara penduduk dan telah menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan komuniti.

Ini bukan harta persendirian. Kenapa taman perumahan di kawasan pengelolaan MPKlang boleh menjadi sedemikian? Banyak akta di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 telahpun dilanggari. PBT kena semak semula akta-akta tersebut samada pemajuan ini dijalankan mengikut kaedah-kaedah dan saluran yang betul atau tidak.

Rasanya semua fasa taman perumahan di sekitar kawasan tersebut telah menjalankan pemajuan skim komuniti berpagar tanpa permohonan, kebenaran atau kelulusan yang mengikuti kaedah-kaedah ataupun saluran yang betul.

Harapan kita ialah Tuan Yang Di Pertua Presiden MPKlang menyiasat dan mengambil tindakan-tindakan yang sewajarnya kerana ini adalah masalah yang amat serius. Kita tidak boleh lagi membiarkan mereka bermaharajalela dan menjalankan aktiviti mereka sesuka hati tanpa peduli ke atas kedaulatan undang-undang.

Kerajaan tolong hapuskan wabak GnG haram yang berleluasa ini dengan kejujuran dan ketekunan.

Sekian, terima kasih

----<<<>>>----

To the RA... please follow the guidelines and the rule of law.

"Even though there is no law that says you cannot hire security guards for your residence... you cannot block the community or others from moving in/out. You will be breaking the laws when you block public roads, or stop cars and ask for identification (MyKad/ Driver's License) from the public. Fyi, using access card system is also illegal here.

You can only instruct your private security guards to take down the details of vehicles moving in/out, such as the time, car model, colour and registration number only."

Please do not in any way coerce, threaten or bully others. Please do not act as though you own the housing estate and please do not act like gangsters. Please do not operate informal GnG scheme if you do not know the laws/guidelines. Please be informed accordingly.

----<<<>>>----

Anda boleh membuat aduan kepada MPKlang sekiranya:
  • anda dihalang pengawal keselamatan / tidak dibenar untuk memasuki taman perumahan berkenaan
  • anda diminta dokumen pengenalan seperti MyKad atau Lesen Memandu
  • sistem kad akses automatik yang dilarang digunakan

Anda juga boleh membuat aduan kepada Kementerian Dalam Negeri sekiranya:
  • Pengawal keselamatan yang bertugas meminta dokumen pengenalan pihak awam
  • Pengawal keselamatan diambil tanpa memenuhi syarat-syarat Akta Agensi Persendirian (Lesen di bawah Seksyen 3 Akta No. 27/71)

Featured post

Laporan Khas 999 TV3

Click on picture or link for video:  https://www.youtube.com/watch?v=GzRvvSoyybU